Jam 8.30 pagi – Perjumpaan ahli kelab di Restoran Taliban, Inanam. Sambil bersarapan pagi menunggu semua ahli berkumpul.

Jam 9.00 pagi - Bertolak dari Terminal ke Kalansanan Baypass menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Jam 9.30 pagi – Sampai ke Stesen Petronas, Tuaran bagi tujuan mengisi minyak dan bertolak.

Jam 9.45 pagi – Berhenti di perhentian bas Tamparuli kerana skuter Rafie mengalami masalah enjin.

Jam 10.00 pagi - Bertolak menaiki Banjaran Crocker menuju ke Pekan Ranau.

Jam 10.30 pagi – Bertembung dengan sebuah van yang mengalami masalah radiator. Ahli kelab berhenti menolong pemandu van tersebut, ini adalah salah satu kerja amal yang telah dapat dilakukan semasa Konvoi ke Ranau.

Jam 11.00 pagi - Menyambung semula perjalanan ke Ranau. Dalam pada itu semasa dalam perjalanan ahli kelab sempat bergambar di lereng bukit yang berhadapan dengan permandangan Gunung Kinabalu. Pada ketika itu, En. Tarmizi sempat juga membuat pemeriksaan skuter Rafie.

Jam 11.20 pagi – Meneruskan semula perjalanan ke Pekan Ranau.Dalam perjalanan skuter Rafie mengalami masalah kesukaran untuk menaiki bukit dan menyebabkan pemanduan menjadi lambat. Oleh itu, Tarmizi dan Matsul terpaksa mengiringi beliau manakala Elias dan Fadzil meneruskan perjalanan dan menunggu ketiga rakan mereka di Pekan Nabalu.

Jam 11.40 pagi – Ketiga rakan tersebut terpaksa berhenti di bahu jalan untuk memeriksa kaburator dan filter serta menyenggara alat tersebut bagi melancarkan lagi keupayaan skuter si Rafie. Manakala Kedua rakan masih menunggu di Pekan Nabalu.

Jam 12.40 tengahari – Ahli berkumpul semula dan bertolak semula menuju ke National Park, Kundasang. Dalam perjalanan, masalah yang sama juga dihadapi oleh Rafie.Sekali lagi, Tarmizi dan Matsul bertanggungjawab mengiring beliau untuk sampai ke National Park, Kundasang. Manakala, Elias dan Fadzil meneruskan perjalanan ke National Park.

Jam 1.30 petang – Elias dan Fadzil telah sampai ke National Park untuk menunggu rakan yang lain sambil makan tengah hari di restoran National Park.

Jam 2.00 petang – Ketiga rakan telah sampai ke Pekan Ranau dan menikmati juadah di salah satu restoran yang terdapat di Pekan Ranau sambil menunggu kehadiran Elias dan Fadzil yang masih berada di National Park.

Jam 2.30 petang - Elias dan Fadzil terpaksa mengharungi hujan sepanjang perjalanan ke Pekan Ranau.

Jam 3.00 petang – Kami semua selamat berkumpul kembali di Restoran tersebut dan bercadang untuk singgah ke Masjid Pekan Ranau yang berdekatan.

Jam 3.20 petang – kami sempat menunaikan sembahyang fardu Zuhur dan Asar serentak berimankan Tarmizi. Selesai saja sembahyang Tarmizi cuba untuk memeriksa kembali masalah kaburator motor si Rafie tadi.

Jam 4.00 petang – Kami semua bersedia untuk bertolak kembali ke Kota Kinabalu. malangnya keadaan cuaca pada masa itu tidak mengizinkan kami untuk terus bertolak. kami terpaksa berhenti di salah sebuah stesen minyak Petronas pekan Ranau untuk menyediakan pakaian hujan masing-masing.

Jam 4.30 petang – Kami bertolak kembali menaiki bukit ke Kundasang, memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu Elias, Fadzil dan Matsul terpaksa meluncur laju menaiki bukit tersebut. Oleh kerana masalah yang sama juga dihadapi oleh Rafie, Tarmizi terpaksa mengiringi beliau.

Jam 5.00 petang – Elias, Fadzil dan Matsul telah sampai tempat seisi bergambar yang pertama tadi untuk menunggu kedua-dua mereka.

Jam 5.30 petang -Rafie dan Tarmizi masih belum kelihatan dari pandangan. Dalam perjalanan sempat juga mereka mengambil peluang bergambar di sekitar pemandangan yang indah.

Elias, Fadzil dan Matsul terpaksa meneruskan perjalanan kembali ke Kota Kinabalu.

Jam 6.30 petang – Elias, Fadzil dan Matsul telah sampai ke stesen minyak PetronasTamparuli.

Jam 6.40 petang – Elias, Fadzil dan Matsul terpaksa bertolak dan pulang ke rumah masing-masing.

Jam 7,30 petang – Rafie dan Tarmizi selamat sampai ke Tamparuli dan sempat menunaikan sembahyang fardu Maghrib.

About these ads